MICROSOFT SURFACE PRO 6
Afiq Hanif
Afiq_hanif@hmetro.com.my

MICROSOFT melancarkan beberapa produk baru yang mantap merangkumi desktop, laptop dan fon telinga.

Antara model diperkenalkan termasuk Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 yang kini turut didapati dalam kemasan warna hitam.

Surface Pro 6 yang hadir dengan warna hitam matte dan cip pemprosesan Intel Gen-8 yang dinaik taraf mempunyai berat 0.7 kilogram dan jangka hayat bateri sehingga 13.5 jam.

Turut didapati dalam warna sama, Surface Laptop 2 yang menggunakan pelindung papan kekunci jenis Alcantara, paparan sebesar 13.5 inci, pemprosesan quad-core Gen-8 dan jangka hayat bateri sehingga 14.5 jam.

Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 boleh dibeli dengan harga anggaran dari AS$899 (RM3,719.52) dan

AS$999 (RM4,133.26).

Manakala Surface Studio 2 sudah pasti menarik apabila ia peranti yang belum dinaik taraf sejak dikeluarkan pada Disember 2016.

Peranti itu mempunyai paparan sebesar 28 inci dengan 50 peratus prestasi grafik yang lebih baik. Rupanya tidak jauh beza dengan model sebelum ini.

Surface Studio 2 dijual pada harga anggaran AS$3,499 (RM14,474.66).

Terbaru dalam koleksi produk Surface adalah fon kepala Surface Headphone dengan pembantu maya Cortana siap dibina di dalam.

Fon kepala itu menggunakan Bluetooth manakala butang volume dan pembatalan bunyi bising dibina di dalam ‘earcup’.

Ia juga mempunyai butang berhenti dan main semula automatik yang menghentikan audio apabila fon kepala ditanggalkan dari telinga. Fon kepala yang hadir dengan warna kelabu itu mempunyai berat 0.29 kilogram dan hayat bateri sehingga 15 jam.

Surface Headphone akan dijual pada harga AS$349 (RM1,443.60).

MICROSOFT SURFACE PRO 6

Harga: anggaran RM3,720

Paparan: 12.3 inci PixelSense

Storan: 128GB / 256GB / 512GB / 1TB SSD

Memori: 8GB / 16GB

Pemprosesan: Intel Core Gen-8 i5 / i7

Sambungan: 1 x USB 3.0, 3.5mm Headphone jack, microSDXC card reader, Mini DisplayPort, Surface Type Cover port,3 1 x Surface Connect port


MICROSOFT SURFACE LAPTOP 2

MICROSOFT SURFACE LAPTOP 2

Harga: anggaran RM4,133

Paparan: 13.5 inci PixelSense

Storan: 128GB / 256GB / 512GB / 1TB SSD

Memori: 8GB / 16GB

Pemprosesan: Intel Core Gen-8 i5 / i7

Sambungan: 1 x USB 3.0, 3.5mm Headphone jack, Mini DisplayPort, 1 x Surface Connect port


MICROSOFT SURFACE STUDIO 2

MICROSOFT SURFACE STUDIO 2

Harga: anggaran RM14,475

Paparan: 28 inci PixelSense

Storan: 1TB / 2TB SSD

Memori: 8GB / 16GB

Pemprosesan: Intel Core Gen-8 i5 / i7

Sambungan: 4 x USB 3.0, 3.5mm Headphone jack, SDXC card reader, USB-C, 1 Gigabit Ethernet


MICROSOFT SURFACE HEADPHONE

MICROSOFT SURFACE HEADPHONE

Harga: anggaran RM1,444

Sambungan: USB-C

Pembesar suara: 40mm Free Edge

Masa mengecas: 2 jam

Jangka hayat bateri: 15 jam

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 3:50 AM