Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Telefon unik yang mengembalikan nostalgia Oppo ketika ia mula-mula diperkenalkan. Itulah yang ada pada Oppo Find X.

Ia adalah telefon flagship Oppo Find X yang memasuki pasaran Malaysia dengan spesifikasi yang penguji tuliskan di sini secara ringkas.

Oppo Find X dijual pada harga RM3,699 di laman web Oppo, Lazada atau syarikat telekomunikasi terpilih bersaiz 6.4 inci muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.

Telefon dengan nisbah 93.8 peratus pada keseluruhan paparannya tiada notch untuk kamera dan sensor. Ia pasti menggembirakan sesetengah pengguna yang bosan dengan fungsi terbabit.

Sebaliknya, Oppo Find X mempunyai satu ciri unik yang kekal sejak Find diperkenalkan iaitu kamera dari belakang yang muncul dengan cara ia menggelongsor naik apabila aplikasi kamera diaktifkan.

Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D.

Oppo Find X mempunyai pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 manakala RAMnya pula memang berkuasa tinggi dengan 8GB. Storan pun melangkaui kapasiti maksimum iaitu 256GB.

Kaedah membuka fon ini sama dengan iPhone X iaitu menggunakan pengimbas wajah 3D.

Ia mempunyai rekaan yang berbentuk bulat di tepi skrin, sekali gus menjadikannya sangat cantik dan memberikan pengalaman menonton yang baik.

Oppo boleh memberikan telefon dengan kamera yang agak baik bersama resolusi 16 megapiksel dan 20 megapiksel untuk merakam banyak foto dan ia sudah dikemas kini bersama firmware baru. Ini bermakna ia lebih stabil dan menampilkan pelbagai ciri.

Imej berasaskan pencahayaan rendah juga hebat dan rakaman HDR pada kamera membolehkan anda memperoleh perincian pada objek tanpa terlalu overexposed.

Dari segi aspek kelajuan, Qualcomm Snapdragon 845 dalam Oppo Find X beroperasi baik melebihi model seperti Vivo NEX atau LG G7 ThinQ.

Dengan bateri 3730mAh, Oppo Find X mampu bertahan selama 17 jam dan 10 minit pada penggunaan aktif seperti bermain game dan bersosial.

Berbalik kepada kamera, ia mempunyai keunikan dengan kamera akan melungsur naik dengan pantas selepas aplikasi kamera ditekan pada bila-bila masa.

Mungkin ada yang mempertikaikan kelajuan kamera melungsur keluar daripada posisinya namun bagi penguji, ia cukup laju dan memudahkan anda merakam apa saja subjek meskipun anda mungkin berada dalam keadaan tidak bersedia.

Pada RAM 8GB yang turut datang dengan GPU Adreno 630, Oppo Find X bagus untuk bermain game yang mempunyai grafik intensif.

Menarik juga melihat sistem operasi ColorOS yang sama dengan ciri pada iOS. Sekali pandang seolah-olah anda mungkin menggunakan Apple.

OPPO FIND X

• PENGELUAR: Oppo

• CIRI: Telefon flagship

• PRO: Rekaan cantic

• KONTRA: Bukan kalis air

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 3:34 PM