NOKIA 6.1 Plus
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Berlandaskan reka bentuk skrin penuh yang menarik, model Nokia 6.1 Plus yang dilancarkan menjanjikan pengalaman skrin lebih besar dengan saiz 5.8 inci HD+ 19:9.

Nokia 6.1 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 636 yang turut membolehkan pengimejan canggih merakamkan gambar ala profesional menggunakan pilihan ciri pengaburan bokeh yang boleh dilaraskan dalam masa sebenar apabila anda merakam gambar.

NOKIA 6.1 PLUS

• HARGA: RM1,149

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 636

• SKRIN: 5.8 inci HD+ 19:9

• RAM: 4GB

• ROM: 64GB

• KAMERA: 16MP+5MP

• KAMERA DEPAN: 16MP

• BATERI: 3060mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 3:22 PM