Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Sistem operasi terbaru Apple, iOS 12 kini boleh dipasang ke semua model iPad Pro, Air, Air 2, 2017, 2018, mini 2, mini 3, mini 4, iPhone 5s, 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, SE, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus, X dan iPod touch (gen 6).

Antara yang menarik, Memoji membolehkan anda merubah emotikon wajah sendiri kepada animasi selain buat pertama kali juga, FaceTime kini boleh berlangsung secara berkumpulan dengan lebih 32 individu menyertai sembang video serentak.

iOS 12 menampillkan prestasi dua kali ganda yang dipertingkatkan dengan aplikasi natif untuk iOS, Measure bertindak secara AR diperkenalkan yang mampu mengukur objek di kamera.

Terdapat tab baru dinamakan For You manakala cara kongsi foto baru dengan Sharing Suggestions memudahkan anda berkongsi foto bersama rakan lain.

Sementara itu, fungsi Do Not Disturb diperkasa apabila tiada lagi notifikasi terpapar di skrin yang mengganggu tidur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 9:14 AM