XIAOMI Redmi 5 Plus
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Xiaomi memperkenalkan dua fon, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dengan konsep harga murah namun ditawarkan dengan paparan jenis 18:9 serta pemprosesan Qualcomm 14m.

Selain itu, ia didatangkan dengan sensor piksel lebih besar 1.25um untuk kamera utama malah Xiaomi memaklumkan jangka hayat bateri lebih baik dengan dua model ini.

Dibezakan dengan saiz, paparan 18:9 disediakan untuk Redmi 5 yang bersaiz 5.7 inci manakala Redmi 5 Plus pula bersaiz 5.99 inci.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ditawarkan dengan warna biru, hitam dan emas.

Versi pertama iaitu RAM 3GB+32GB ditawarkan untuk kedua-dua model ini bermula semalam di tiga stor Mi Stores dan e-dagang rasmi Lazada.

Manakala versi 2GB + 16GB akan hadir tidak lama lagi.


XIAOMI Redmi 5

XIAOMI REDMI 5 PLUS

• HARGA: RM749

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 625

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB, kad microSD

• PAPARAN: 5.99 inci HD+, 2160 x 1080

• KAMERA: 12MP, 1.25um f2.2, PDAF

• KAMERA DEPAN: 5MP

• BATERI: 4000mAh

• KENIPISAN: 8.05mm

XIAOMI REDMI 5

• HARGA: RM679

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 450

• RAM: 3GB

• STORAN: 32GB, kad microSD

• PAPARAN: 5.7 inci HD+, 1440 x 720

• KAMERA: 12MP, 1.25um f2.2, PDAF

• KAMERA DEPAN: 5MP

• BATERI: 3300mAh

• KENIPISAN: 7.7mm

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2018 @ 11:41 AM