Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Pengguna iPhone kini boleh menukar bateri pada harga RM129 saja untuk model SE, 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus dan X berikutan kontroversi menyembunyikan rahsia mengurangkan prestasi iPhone.

Ia boleh dilakukan dengan mengunjungi pusat servis yang diiktiraf Apple.

Apple secara rasmi membuat permohonan maaf kepada semua pengguna iPhone berhubung isu kontroversi berkenaan.

Dalam laporan portal luar negara, Apple dikatakan secara senyap memperkenalkan iOS yang mengurangkan prestasi iPhone anda sekiranya bateri sudah menunjukkan tanda masalah.

Bagaimanapun, Apple dalam kenyataannya berkata, mereka bukan bertindak demikian bagi memaksa pengguna membeli model yang baru.

Ia menegaskan jumlah cas bukan satu-satunya faktor penyebab jangka hayat bateri iPhone terbabit turun.

Selain itu, Apple berkata versi iOS 10.2.1 antara penyelesaian masalah ini dan dikemaskini untuk beberapa model iPhone antaranya iPhone 6, iPhone 6Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPhone SE.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 2:27 PM