Afiq Hanif
afiq_hanif@metro.com.my


Mencuba Honor 7X tak lengkap tanpa anda memilih game yang seronok untuk dimainkan bersama.

IT@Metro mencuba empat game yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti yang mempunyai skrin 5.93 inci yang didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.

Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatny di samping RAM 4GB ini.

Game apa yang padan untuk fon ini?

1. Modern Combat 5: Blackout

Siri kelima Modern Combat menjanjikan keseronokan berbeza di peranti pintar. Grafiknya ditingkatkan malah ciri permainan berseorangan dinaik taraf dari segi pengolahan ceritanya yang menarik. Sokongan 'multiplayer' juga disediakan seperti keluaran sebelumnya dan anda perlu bertarung dengan pemain lain dalam formasi skuad.

Game ini mempunyai ciri grafik yang tinggi namun pemain berpuas hati apabila Honor 7X yang menjanjikan set GPU berkuasa tinggi mampu menampung permainan agresif tanpa menjadikan skrin 'lag'.

Kemudian, dengan ciri FullView pada saiz 5.93 inci bucu-ke-bucu sekali gus menghasilkan skrin tanpa bezel yang memaparkan kualiti dan nisbah skrin-ke-badan yang agak menakjubkan.

2. Dead Trigger 2

Padat dengan letupan bom dan aksi tembak-menembak, namun masih utamakan elemen seram. Itulah kelebihan aplikasi permainan Dead Trigger 2. Sama seperti keluaran sebelumnya, pemain perlu berjuang untuk terus hidup dan menaik taraf senjata api demi mematahkan serangan mayat hidup.

Apa yang menariknya mengenai game ini termasuk kekuatan audionya yang memerlukan fon seperti Honor 7X untuk memenuhi citarasa pemain. Selain itu, jika anda sedang bermain dan secara tiba-tiba mahu membalas mesej, gunakan saja ciri One Split Screen dan boleh terus berada dalam game.

3. AOV

Antara tarikan utama AOV ialah hero percuma yang boleh didapatkan sejurus menyiapkan tugasan diberikan secara berperingkat. Sebagai contoh, kamu boleh mendapatkan Butterfly selepas memenangi 10 perlawanan kasual bersama rakan sesuai sebagai Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) khusus untuk peranti pintar seperti Honor 7X

4. Titan Quest

Walaupun ia perlu dibeli dengan harga RM35, permainan ini seronok dimainkan kerana ia salah satu judul di PC yang dipindahkan ke telefon pintar. Berbeza dengan yang lain, ia berkonsepkan dunia terbuka selain memfokuskan tema penerokaan. Selama lebih 60 jam, anda berupaya mencipta 30 karakter, mencari 1,200 barangan dan berdepan 80 jenis musuh berlainan.

Bermain Titan Quest bermakna anda memerlukan skrin 18:9 sudah pasti membolehkan anda bermain game dengan lebih menyeronokkan kerana kebanyakan aksi terpapar di skrin.

Bermain empat game terbabit sudah cukup menarik dengan jangka hayat bateri pula tak cepat habis menerusi kapasiti 3340mAh cukup untuk penggunaan seharian.

Honor 7X dijual pada harga RM1,099 dan anda boleh membelinya di vmall.my atau stor terpilih.

Nilai harga fon ini memang 'super gila' dengan ciri yang ada. Sememangnya ia berbaloi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 2:34 PM