IMAC PRO
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Apple memperkenalkan iMac Pro baru yang menggunakan pemprosesan Xeon sehingga 18 core selain prestasi grafik sehingga 22 teraflop pada paparan 27 inci Retina 5K.

iMac Pro menjadi iMac paling berkuasa dan pantas di dunia setakat ini dengan keupayaan ‘render’ 3D masa sebenar pantas, VR yang imersif, sesuai untuk pembangun, jurugambar, simulasi kompleks, projek audio besar, suntingan video 4K dan 8K masa sebenar.

Masih kekal dengan bucu 5mm saja, iMac pro datang dengan paparan kekunci Magic Keyboard, tetikus Magic Mouse dan pilihan Magic Trackpad.

IMAC PRO

• HARGA: RM20,999

• PAPARAN: 5K Retina Display, 27 inci 5120 x 2880 piksel

• PEMPROSESAN: 8 core, 3.2GHz Intel Xeon W

• GRAFIK: Vega 56, Radeon Pro Vega 56 dengan memori 8GB HBM2

• MEMORI: 32GB DDR4 ECC

• STORAN: 1TB SSD

• SAMBUNGAN: Fon jek 3.5mm, SDXC, 4 x USB 3, 4 x Thunderbolt 3, Ethernet

• BERAT: 9.7kg

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 12:28 PM