PORTEGE X30
TECRA X40-D
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Toshiba memperkenalkan Portege X30 dan Tecra X40, komputer riba yang direka bentuk secara elegan untuk memberikan pengalaman premium, hebat dan selamat kepada golongan profesional

Lengkap dengan rangka badan ringan, peranti ini menambahkan lagi rangkaian komputer riba ultra tipis dan ultra ringan perniagaan Toshiba.

Ia direka hampir sama dengan komputer riba hibrid 2-dalam-1 Portege X20W bersama Windows 10 Pro dan pemprosesan Intel Core generasi ke-7.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan ciri skrin anti-silau, dengan teknologi Touch In-Cell untuk menawarkan cara berinteraksi dengan lebih fleksibel pada paparan kristal.

Selain itu, paparannya juga mempunyai sudut pandangan yang luas bagi memberikan lebih keselesaan tontonan skrin kepada pengguna.

Untuk keselamatan pula, pengguna boleh menggunakan pilihan teknologi pengesahan wajah biometrik mahupun sensor cap jari, SecurePad.

INFO

PORTEGE X30

• Pemprosesan: Intel Core generasi ke-7 sehingga i7 vPRO

• OS: Windows 10 Pro 64-bit

• Dimensi: 316 x 227 x 15.9mm

• Berat: Bermula 1.05kg

• Saiz skrin: 13.3”

• Paparan: Anti-Glare HD (1366x768) atau HD Penuh (1920x1080) bersama In-Cell Touch

• Grafik: Intel HD Graphics 620

• Storan: Sehingga 512GB M.2 PCIe SSD

• Memori: Sehingga 32GB DDR4 2133MHz (2 slot DIMM)

TECRA X40-D

• Pemprosesan: Intel Core generasi ke-7 sehingga i7 vPRO

• OS: Windows 10 Pro 64-bit

• Dimensi: 332 ◊ 228.9 ◊16.9mm

• Berat: Bermula 1.25kg

• Saiz skrin: 14”

• Paparan: Anti-Glare HD (1366x768) atau HD Penuh (1920x1080) bersama In-Cell Touch

• Grafik: Intel HD Graphics 620

• Storan: Sehingga 512GB M.2 PCIe SSD

• Memori: Sehingga 32GB DDR4 2133MHz (2 slot DIMM)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 12:01 AM