JANGAN terkejut rekaannya memang cantik.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Neffos mempunyai telefon pintar ‘flagship’, X1 bersaiz 5.0 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.

Jika ada bertanya apakah makna flagship? Ia menunjukkan telefon utama yang dibawa pengeluar seperti Neffos. Jika ada empat lima model, satu akan dipilih sebagai telefon utama bergelar flagship.

Selepas menggunakan beberapa minggu, penguji mendapati Neffos X1 membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.

Bagi X1, ia mempunyai pilihan RAM 2GB atau 3GB manakala bateri berkapasiti 2250mAh yang dijual pada harga RM769 (versi RAM 2GB+ storan 16GB) dan RM849 (versi RAM 3GB+ storan 32GB).

Jika dilihat pada RAM sebanyak 3GB dan storan 32GB mungkin tidak dapat diperoleh dengan harga di atas ditambah pula kelengkapan pengimbas cap jari yang pantas iaitu kurang 0.2 saat.

Kamera pula lain ceritanya, Neffos bekerjasama dengan Sony dalam menghasilkan kamera 13 megapiksel dengan lensa jenis 5P dan PDAF yang merakam imej sepantas 0.2 saat meskipun dalam keadaan objek sedang bergerak pantas.

Lensa jenis f/2.0 ini juga merakam imej dengan terperinci walaupun anda mungkin berada dalam persekitaran yang agak gelap.

Neffos sendiri memperkenalkan fungsi Real-Time Night Shooting dalam menjadikan rakaman dalam gelap lebih baik dengan memasukkan sebanyak mungkin cahaya untuk memperincikan gambar.

Penguji mendapati, ia boleh tahan walaupun ada sedikit ‘noise’ yang mengganggu dan kamera depan pula, 5.0 megapiksel dan bersedia untuk rakaman swafoto.

Rekaan Neffos juga boleh tahan. Sekali pandang anda akan mengatakan harganya paling kurang sekitar RM1,500 ke RM1,800 tapi siapa sangka harga jualannya kurang dari RM900.

Memegang di tangan lebih selesa dengan lengkung di sisi pada bahagian belakang memang cantik dan menawan.

Masuk poket pun tidak begitu tersembul. Menariknya fon ini pernah terjatuh dari poket penguji namun tiada kesan yang ketara.

Rekaan ergonomik itu sangat penting kepada pengguna dan tahap kenipisan 7.95mm bagi X1.

Neffos juga mempunyai model lebih besar X1 Max bersaiz 5.5 inci yang menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 5:01 AM