myMetro

Penguji melihat terdapat segelintir pengguna masih berkira-kira sama ada mahu memilih si H atau si S sebagai fon masing-masing.

Di Malaysia, pemerhatian penguji mendapati faktor pembeli biasa di negara ini tertumpu kepada harga, kamera dan kuasa operasi telefon sebelum membuat keputusan membeli.

Atas dasar itu, penguji berasakan pilihan yang baik di tangan pengguna adalah dengan menyambar Huawei P10.

Penguji melihat harga yang ditawarkan Huawei P10 pada RM2,499 berbaloi bagi sebuah telefon ‘flagship’ berbanding model flagship yang nilanya melangkau RM3,000.

Spesifikasi yang ada pada P10 dengan nilai terbabit juga ternyata menjadikannya lebih berbaloi.

Ia memandangkan jika dibandingkan dengan pesaing, anda boleh memperoleh lensa jenis Leica yang hebat ternyata perubahan terbesar terhasil merealisasikan Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition, menggunakan lensa Leica Summilux-H yang mempunyai apertur f/1.8.

P10 memang kejutan kepada pengguna yang mahukan kamera berkuasa tinggi sama kualiti dengan DSLR tapi saiz yang nipis dan kompak. Kualiti kamera selfie depan juga hebat dan bukan lagi bergantung kepada fungsi ‘Beauty’ semata-mata.

Ditambah lagi dengan mod Portrait, pengguna boleh mendapatkan kesan bokeh yang ‘cun’.

Kemudian, Huawei menambah fungsi ‘adaptive’ yang membuka lebih ruang pada bingkai kamera apabila mengesan lebih daripada satu wajah masuk dalam kamera selfie dan ia beroperasi dengan pantas.

Huawei P10 memungkinkan anda memperoleh CPU 4 x 2.4GHz + 4 x 1.8GHz dan dari aspek ROM, anda boleh mendapat 64GB.

Bateri menjadi faktor penting apabila P10 mempunyai keupayaan 3200mAh yang mampu bertahan sehingga lapan jam pada sekali cas dalam tempoh 30 minit.

Lapan jam terbabit bermakna penggunaan sangat aktif. Dari bersosial di Facebook, Instagram, Twitter sehinggalah ke membuka YouTube atau strim kandungan di iflix. Skrin pula tidak berada dalam cerah yang terlalu tinggi.

Bayangkan P10 boleh datang dengan dwi lensa 20MP+12MP jenis f2.2 yang berbaloi pada harganya.

Huawei P10 datang dengan sistem mengecas 5V4.5A yang menghasilkan sehingga 22.5W iaitu dua kali lebih berbanding jenis 9V1.67A pada hanya 15W. Jadi ciri Super Charge Huawei P10 mampu memberi kepantasan mengecas.

Butang pengimbas cap jari Huawei P10 yang terletak di depan memang menjadikannya mudah diakses, sekali letak jari, sudah boleh mengaktifkan fon berbanding jika ia ditempatkan di belakang peranti.

Spesifikasi dalamannya juga hebat dengan set cip Kirin 960 memberi kuasa baru dengan optimum operasi pada telefon dan penguji lihat ia sama dengan Mate 9 sebelum ini.

Geekbench untuk CPU SoC sehingga 6390 untuk Kirin 960 meninggalkan Kirin 950 (5416), Exynos 8890 (5348) dan Snapdragon 821 (4452) Sistem algoritma pembelajaran mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu.

Menjelang musim perayaan nanti, inilah pilihan yang sesuai ditambah terdapat juga warna hijau dan biru yang menawan dan cantik.

Sementara itu, P10 Plus yang datang dengan lensa Leica jenis Summilux-H f/1.8 OIS, RAM sebanyak 6GB, skrin 5.5 inci dan memori 128GB juga berbaloi dengan harga hanya RM3,099.

INFO

HUAWEI P10

• PENGELUAR: Huawei

• PENGEDAR: Huawei

• CIRI: Telefon flagship dengan Leica

• PRO: Kamera memang hebat, warna vivid cantik

• KONTRA: Perlu sedikit tutorial dalam telefon

• LAMAN FB: www.facebook.com/HuaweiMobile

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 1:33 PM