Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my


Di sebalik kesibukan melaksanakan amal ibadat, kesihatan diri tetap perlu dijaga. Bagi wanita pula, bentuk badan pasti menjadi keutamaan untuk tampil lebih anggun pada pagi raya.

Untuk mengekalkan tubuh badan yang langsing selain dapat mengekalkan kesihatan diri, wanita boleh cuba menggunakan aplikasi WANITA.

Aplikasi WANITA yang direka khas ini bertindak sebagaI platform peribadi untuk wanita yang tidak selesa melakukan aktiviti senaman di gimnasium mahupun di tempat awam.

Ini berfungsi untuk membantu wanita mencapai matlamat kecergasan dan kecantikan diri.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memilih jurulatih kecergasan kegemaran yang akan memenuhi keperluan dan pembelajaran masing-masing.

WANITA menyediakan pelbagai video latihan serta tips kesihatan oleh jurulatih bertauliah.

Pengguna turut boleh memilih pelan senaman yang bersesuaian agar dapat mencapai objektif dengan lebih cepat.

Bahan bacaan gaya hidup juga disediakan bagi memberikan impak maksimum kepada wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 1:28 PM