CANTIKNYA belakang, struktur unik.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Selepas gah dengan warna hitam dan emas, Huawei kini memperkenalkan siri Pantone iaitu warna biru dan hijau bagi model P10 dan P10 Plus yang sangat cantik.

Selain perbezaan warna, model Pantone menyaksikan bahagian belakang kedua-dua telefon terbabit mempunyai struktur yang unik.

Model Pantone bagi P10 dan P10 Plus kini boleh disambar tanpa perubahan harga pada nilai RM2,499 serta RM3,099.

P10 datang dengan skrin 5.1 HD penuh berbanding P10 Plus yang bersaiz 5.5 inci. Kedua-duanya dilengkapi Leica Dual Camera 2.0 20MP monokrom serta 12MP RGB dengan sensor di samping penstabil imej optikal yang ditagih pengguna.

Perubahan besar berkenaan direalisasikan oleh Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition dan terbaru, ia menggunakan lensa Leica Summilux-H (P10 Plus) yang mempunyai apetur f/1.8, sekali gus menjadi kejutan kepada pengguna yang mahukan kamera berkuasa tinggi sama kualitinya dengan DSLR tapi saiz yang nipis dan kompak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 1:16 PM