Selepas memperkenalkan warna emas, emas ros dan merah bagi Oppo R9s, Oppo sekali lagi tampil dengan warna lebih yang menyerlahkan versatiliti iaitu R9s edisi hitam.

Warna hitam R9s yang menggambarkan keyakinan dan gaya itu hadir dengan pemprosesan Snapdragon 625 8-Core, RAM 4GB dan 64GB storan dalaman.

Dikuasakan oleh sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, R9s ini direka dengan paparan AMOLED 5.5-inci dan resolusi HD penuh 1920◊1080 untuk menawarkan kualiti paparan terbaik.

Peranti yang menyokong pengecasan pantas VOOC terbabit didatangkan dengan bateri berkapisiti 3,010mAh.

SPESIFIKASI:

OPPO R9S (BLACK)

Harga: RM 1,828

Pemprosesan: Snapdragon 625 8-Core

OS: Android 6.0 Marshmallow

RAM: 4GB

Storan: 64GB

Paparan: AMOLED

Resolusi: 1920◊1080

Kamera: 16MP

Bateri: 3,010mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 11:46 AM