PESERTA yoga bergambar kenangan sebelum memulakan senaman.
Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my

Bagaimana agaknya perasaan bersenam sambil melayani mata menyaksikan keindahan langit biru yang luas terbentang? Keasyikan dan kenikmatannya mungkin akan lebih berganda andai sesi senaman yang lembut dan lemah gemalai itu diadakan di puncak bangunan di tengah-tengah ibu kota kala orang lain sibuk mengejar masa.

Melakukan yoga sambil menyaksikan keindahan panorama Kuala Lumpur antara pengalaman menarik dilalui 200 pencinta kesihatan yang juga ahli Watsons dan Watsons Elite sempena acara Watsons #GetActive.

Ya, apabila diajak melakukan yoga, tentu saja wanita lebih berminat, sesuai dengan fitrah mereka yang sukakan pergerakan lembut dan gemalai tetapi tetap memberi manfaat kepada keseluruhan kesihatan tanpa menyebabkan kesakitan pada mana-mana anggota.

Bertempat di Nu Sentral Skypark, pada 22 April lalu, kempen julung kalinya diadakan ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan wanita kota yang menggalas tugas serba mencabar sama ada sebagai ibu, isteri, pekerja atau majikan. Malah aktiviti ini juga diadakan bagi mempromosikan Watsons sebagai destinasi membeli-belah kesihatan dan kecantikan yang ideal.

Kempen ini juga bertujuan menggalakkan gaya pemakanan sihat dengan amalan diet seimbang dan melakukan latihan kecergasan yang mudah seperti yoga serta aktiviti luar lain.

Untuk tahun ini, Watsons #GETACTIVE memberi tumpuan kepada aktiviti kesihatan secara berkumpulan yang mempromosikan rasa ‘kebersamaan’ dalam mencapai gaya hidup sihat.

Oleh itu, ‘Yoga In The Sky’ dianjurkan untuk menyatukan pencinta yoga dari semua peringkat umur mengamalkan senaman sambil menikmati keindahan langit Kuala Lumpur.


GERAKAN lembut mampu membantu meregangkan dan menguatkan otot.

Sesi 60 minit yang diketuai David Thoong, seorang pengajar yoga yang berpengalaman dan profesional kecergasan kumpulan memberi penekanan kepada teknik pernafasan dan mengajar peserta gerakan baru sambil menikmati udara segar.

Peserta juga perlu mengambil sampel makanan dan minuman yang sihat oleh NH Nutrigrains, Spoon Health & Surya Apple Cider Cuka.

Terdapat banyak manfaat yoga yang kekal sebagai salah satu aktiviti kecergasan popular di Malaysia.

Yoga meningkatkan fleksibiliti, menguatkan otot, meningkatkan fokus, melegakan dan menenangkan fikiran.

Postur yoga yang berbeza bertujuan menguatkan tubuh secara dalaman, jadi peserta tidak hanya kelihatan baik tetapi turut berasa selesa dengan diri sendiri.

Yoga bukan sekadar bersenam, sebaliknya menggalakkan gaya hidup yang sihat.

Sebelum acara bermula, peserta hanya perlu mendaftar di mana-mana kedai Watsons di Lembah Klang, dengan bayaran RM10 untuk ahli VIP Watsons dan RM15 untuk bukan ahli, termasuk beg cenderahati bernilai RM50.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti Watsons #GETACTIVE seterusnya, tonton di www.facebook.com/watsonsmalaysia atau menonton video Watsons #GETACTIVE di https://www.youtube.com/watch

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 12:57 PM