VISUAL watak animasi diminati seluruh dunia dalam kemeja-T.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Jenama kemeja-T, Uniqlo UT melancarkan UT Doremon dengan rekaan yang menampilkan Doraemon, watak animasi diminati seluruh dunia.

Musim ini, Doraemon UT terdiri daripada dua rekaan utama, satu menggabungkan karya seni yang dipamerkan artis Takashi Murakami di Pameran Doraemon Tokyo 2017 bersama rekaan dari komik kartun itu.

Pelbagai barangan ditawarkan, termasuk baju kemeja lelaki dan kanak-kanak serta mainan Doraemon dengan karya seni Murakami.

Siri ini boleh didapati di semua kedai Uniqlo seluruh negara dan melalui uniqlo.com.my dari 28 Mei ini.

UT sangat berhati-hati memilih budaya dari seluruh dunia dan mencipta kandungan baru darinya. Menggambarkan pandangan dunia sebagai seni pada kanvas baju-T, UT membolehkan pemakai untuk menyatakan keperibadian dan nilai mereka.

Siri ini menampilkan buat pertama kali karya seni Doraemon dari artis kontemporari terkenal itu dan UT terus berkembang sebagai 'LifeWear' yang membawa kegembiraan dan memastikan semua orang dapat mencari sesuatu untuk dipakai bagi menyatakan siapa diri mereka.

Visual utama untuk projek khas ini adalah karya seni Murakami, 'Anna koto iina dekitara iina yang dicipta untuk pameran Doraemon, dimasukkan dalam kemeja-T dan mainan.

Karya yang berwarna-warni ini menampilkan watak utama Doraemon dan Nobita, alat rahsia Doraemon dan bunga khas Murakami, kini diterjemah pada kanvas UT.

Koleksi khas terbaru ini membolehkan peminat UT untuk menikmati watak kartun itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Koleksi UT Doraemon juga termasuk kemeja-T dengan rekaan dari komik itu. Rekaan menggambarkan dunia Doraemon, termasuk adegan lucu Nobita memohon bantuan Doraemon dan baju dicetak dengan alat rahsia seperti 'Take-copter' dan lampu kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 3:47 AM