DARI kiri Wan Musfirah, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Johan Ishak , Shiv Sahgal, Siti Suhaila Abd Hamid dan Natalie pada majlis pelancaran kempen Ibu Sejati Lady’s Choice di Seri pentas Bandar Utama baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Peranan seorang ibu bukan mudah, apatah lagi jika mahu menjadi ibu sempurna. Ini kerana masyarakat zaman ini menaruh harapan tinggi tanggungjawab ibu sebagai pembantu ketua keluarga ditambah keazaman ibu bapa memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk itu ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan ilmu keibubapaan. Ini dibuktikan menerusi kajian menunjukkan 84 peratus daripada ibu-ibu di Asia menggunakan Internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Mereka percaya Internet adalah sumber yang membantu membuat keputusan tepat untuk keluarga. Secara tidak langsung, keadaan ini mendedahkan ibu-ibu kepada tekanan sosial apabila kemahiran keibubapaan dan pilihan mereka sering dipertikaikan.

Menyedari dalam kalangan ibu sendiri begitu berharap menjadi ibu sempurna, jenama mayonis terkenal Malaysia, Lady’s Choice mengambil inisiatif melancarkan kempen kesedaran Ibu Sejati, di seluruh negara bertujuan mengatasi stereotaip ibu sempurna.

Mesej ‘tiada ibu sempurna, hanya ibu sejati’ yang ditonjolkan bukan sekadar perkataan, malah ia antara cara jenama ini menegaskan kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan. Ibu Sejati menampilkan kisah tiga wanita yang menunjukkan kehidupan dan peranan harian mereka.

Disampaikan melalui siri video, kisah penuh emosi ini menggambarkan peranan unik ibu-ibu ini dan pendekatan berbeza diambil dalam mendahulukan anak-anak mereka. Bagaikan wira yang tidak didendangkan mereka adalah ibu berkerjaya Wan Musfirah Aimi, ibu tunggal Natalie Hussin, dan suri rumah sepenuh masa, Normani Isa, yang masing-masing mempunyai tiga anak.

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd Shiv Sahgal, berkata peranan ibu kini berubah dengan tanggungjawab lebih besar dan persekitaran lebih pantas hari ini.

Lebih-lebih lagi mereka yang perlu mencari keseimbangan antara kerjaya, isteri dan ibu serta meluangkan masa untuk diri sendiri.

“Tambahan pula sumber inspirasi yang boleh didapati di Internet kadangkala meningkatkan tekanan dalam kalangan ibu bapa,” katanya.

Jelas Shiv, sebagai jenama mayonis nombor satu dan dipercayai berjuta-juta rakyat Malaysia, Lady’s Choice berasa bertanggungjawab mendorong ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu sempurna tidak wujud. Apa yang penting menjalani kehidupan sebenar dan menunjukkan kasih

sayang mereka, walaupun hanya melalui sarapan mudah, lazat dan berkhasiat.

Kempen Ibu Sejati adalah inisiatif seiring pengenalan pembungkusan baru mayonis Lady’s Choice. Penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady’s Choice mengekalkan kebaikannya sebagai penyelesaian mudah serta sesuai bagi menyediakan sandwic enak selain berkhasiat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 April 2018 @ 12:06 PM