Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Siapa kata menyediakan hidangan manisan sebagai pencuci mulut itu rumit dan memerlukan tempoh yang lama untuk menyiapkannya.

Hakikatnya, menyediakan hidangan manisan tidaklah sesukar disangka asalkan resipi digunakan tepat bagi menghasilkan manisan yang enak.

Paf krim antara manisan yang digemari ramai tidak mengira usia terutama kanak-kanak.

Menurut pengusaha perniagaan pastri dan bakeri Adri Akmal Arif, menyediakan paf krim tidak begitu rumit asalkan mengikut resipi tepat.

“Kini terdapat pelbagai jenis inti paf krim yang boleh dipilih selain warna paf krim itu juga boleh ditukar mengikut cita rasa masing-masing.

“Proses penyediaannya juga tidak terlalu lama dan tidak sampai sejam. Aspek terpenting dalam penyediaan paf krim ialah kemanisan inti kerana paf krim yang terlalu manis tidak begitu digemari,” katanya. Begitupun, boleh ubah sukatan gula jika anda berasa ia terlalu manis.

Ikuti langkah demi langkah penyediaan paf krim resipi istimewa daripada Adri Akmal ini. Anggaran resipi ini dapat menyediakan 240 hingga 250 ketul paf krim bersaiz kecil.

Bahan paf:

• 1 liter air masak

• 400 gram mentega

• Dua sudu besar gula

• 500 gram tepung halus

• 12 biji telur

Bahan krim:

• 100 gram gula halus

• 60 gram tepung jagung

• 20 gram tepung kastard

• Sebiji telur

• 500 gram susu segar

Cara memasak:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Mac 2018 @ 7:02 AM