REMSEN (dua dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada Thian (dua dari kiri) dan Ban (tiga dari kiri). Turut kelihatan, Syed Amir (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Parkson Corporation Law Boon Eng.
HM Digital

Tidak cuba tidak tahu, demikian perkataan yang selalu disebut pemenang utama peraduan Parkson’s Shopperrific Shop2Win, Ban Yuat Wah, 53, yang memenangi kereta Honda Jazz bernilai RM75,000.

Peraduan berlangsung 4 September hingga 5 November 2017 itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 pasar raya Parkson yang menawarkan hadiah bernilai hingga RM300,000.

Menurut Ban, dia tidak menyangka akan memenangi hadiah utama kerana penyertaannya sekadar mahu mencuba nasib. Suaminya pula adalah penyokong utama yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.

“Saya terkejut ketika dihubungi pihak Parkson dan memberitahu saya pemenang utama. Benarlah kata suami, jika kita cuba kita berpeluang untuk menang.

“Saya memang pelanggan setia Parkson dan selesa membeli-belah di pasar raya ini. Saya rasa gembira dan perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur berbaloi kerana membawa pulang kereta,” katanya.

Bagi Tian Shih Li pula, dia tidak pernah terfikir dapat hadiah utama kerana hanya menjangka memenangi percutian ke Shanghai, China.

“Saya berhasrat menghadiahkan kereta ini kepada adik yang menetap di Ipoh,” katanya.

Selain Honda Jazz, Parkson turut menawarkan hadiah percutian berserta baucar RM5,000, vespa S IGET, basikal dan mesin pembancuh kopi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Parkson Retail Asia Mike Remsen dan Pengarah Eksekutif HZN Cars Sdn Bhd Syed Amir Aljunid selaku rakan kongsi peraduan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 10:37 AM