MANDIAN Aura Kirana.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Aura positif bukan saja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah pada masa sama dipercayai mampu menyerlahkan lagi kecantikan seseorang secara semula jadi.

Mandian bunga yang boleh dilakukan di pusat kecantikan ataupun dibuat sendiri di rumah antara kaedah paling popular dan dikatakan berupaya menyerlahkan aura diri seseorang.

Untuk lebih memudahkan proses mandian bunga tanpa perlu mencari pelbagai jenis kuntuman segar, Mawar Putih & Fadly Beauty House menghasilkan produk Mandian Aura Kirana, khusus bagi menaikkan aura pemakai.

Menurut pengasasnya, Ruzita Jamaludin, dengan hanya tiga, lima atau tujuh titisan pati mandian ke dalam baldi atau tab mandi, sudah memadai untuk menyerlahkan aura positif pemakainya, tanpa mengira usia.

“Mandian ini baik untuk menenangkan fikiran dan menaikkan seri pemakai. Ia sesuai digunakan semua peringkat usia seawal umur kanak-kanak hinggalah dewasa. Bahkan ia juga boleh digunakan oleh lelaki kerana selain untuk kecantikan diri, sesi mandian yang memanjakan diri ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan serta menstabilkan emosi,” katanya.

“Dengan harga RM80 sebotol, pemakai hanya perlu menitiskan mandian aura ini ke dalam baldi dan boleh ditambah dengan hirisan limau atau kelopak bunga segar sebelum mandi seperti biasa.

“Untuk jirusan terakhir, pemakai perlu berselawat dengan memasang niat yang baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 2:22 PM