1. BERSIHKAN daging, toskan dan perap dengan bahan A dan B selama 30 minit.
2. TUANG air ke dalam kuali. Masukkan daging yang diperap tadi bersama lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, serbuk kari, gula melaka dan garam. Masak sehingga daging separuh masak.
3. MASUKKAN asam keping dan krim atau susu. Kacau selama satu hingga dua minit.
4. MASUKKAN kerisik dan kacau sehingga kering. Hidangkan bersama nasi panas.
RENDANG tok.
Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


Rendang adalah menu kegemaran ramai kerana ia enak dinikmati begitu saja atau bersama nasi, lontong, lemang ataupun ketupat. Ia menjadi menu wajib yang mesti ada terutama pada musim perayaan.

Antara yang menjadi kegilaan ramai adalah rendang tok. Rasanya yang lemak dan enak dengan penggunaan rempah ratus membangkit aroma wangi sekali gus membuka selera.

Namun, di sebalik menikmati menu kegemaran terutama pada Syawal, jangan dilupa aspek kesihatan dengan menyediakan hidangan sihat untuk seisi keluarga.

Bagi mengubah resipi rendang menjadi lebih sihat, boleh gantikan santan dengan susu segar atau krim memasak agar rasanya tetap enak jika mahu menyediakan sendiri rendang tok yang lebih sihat, boleh cuba resipi dikongsi oleh Fonterra Malaysia untuk tiga hidangan.

Bahan

• 300 daging lembu daging tanpa lemak

• 1/2 cawan krim memasak Anchor (atau Susu UTH Anchor jika suka)

• 10 gram lengkuas (diparut dan dibuang jusnya).

• 1/4 cawan Kerisik

• 1 biji buah pelaga

• 1/2 bunga lawang

• 1/2 kulit kayu manis

• 1/2 keping asam jawa

• 1 sudu besar serbuk kari

• 15 gram gula Melaka

• 1/2 sudu kecil garam

• 2 cawan air

Bahan A (digoreng tanpa minyak dan dikisar)

• 1 sudu kecil ketumbar

• 1 sudu kecil jintan

• 1 sudu kecil lada hitam

• 10 biji cili kering

Bahan B (dikisar)

• 30 gram (3 batang) serai

• 5 gram halia

• 100 gram bawang merah

• 10 gram bawang putih

Setiap hidangan mengandungi:

• Kalori 226

• Protein 30.5 gram

• Lemak 7 gram

• Zat besi 5.5 miligram

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 2:44 PM