Lucozade Sport

ANDA baru saja menjadi ahli gimnasium berdekatan dengan rumah anda – dan anda cukup teruja. Pada lawatan pertama, anda bersungguh-sungguh di treadmill dan keesokan harinya, anda kelesuan untuk ke pejabat. “Mungkin saya sudah terlalu tua untuk ke gim,” fikir anda.

Atau anda baru pertama kali hendak menyertai maraton. Anda nekad untuk menghabiskannya dalam tempoh yang wajar tetapi separuh jalan, kaki mula tidak terasa dan motivasi kian menghilang. Anda beritahu diri: “Mungkin maraton tidak sesuai buat saya.”

Seakan pernah dengar contoh kenyataan ini? Ini kerana ianya kerap berlaku! Ini adalah antara sebab tubuh anda tidak boleh bertahan bila bersenam – seperti tahap kecergasan yang rendah, kecederaan otot atau kurang tahap yang sesuai bila bersenam – tetapi dua sebab utama yang ramai orang gagal ambil kira bila memulakan rutin senaman adalah penghidratan dan nutrisi.

APA YANG BERLAKU BILA BERSENAM?

Ayuh mulakan dengan biologi asas. Apabila anda melakukan aktiviti fizikal, anda bergantung kepada otot tubuh. Seperti sebuah enjin kenderaan, otot anda perlukan minyak untuk berfungsi. Itulah fungsi karbohidrat.

Seperti enjin kenderaan ia mengeluarkan haba bila digunakan, sama seperti otot anda yang mengeluarkan haba bila berfungsi. Ia akan menyebabkan anda berpeluh dan berpeluh, sudah tentu, menyebabkan kehilangan cecair dan kemungkinan dehidrasi.

Justeru, bila anda mahu memastikan tubuh bersedia untuk senaman, anda perlu pastikan yang anda menambah semula kedua-dua sumber tenaga tubuh, terutamanya karbohidrat, juga cecair yang telah hilang daripada tubuh. Jika tidak, anda akan menderita dengan masalah dehidrasi juga pengurangan karbohidrat dalam tubuh sebab utama kelesuan dalam senaman yang panjang.

Apakah cara mengekangnya?

AIR + MINUMAN ELEKTROLIT ISOTONIK – PAKEJ HIDRASI YANG LENGKAP

Lihat dulu apakah asalnya peluh. Peluh yang anda keluarkan sewaktu senaman adalah sebenarnya kombinasi air, elektrolit dan garam serta gula penting. Jadi, ia bukan sekadar kehilangan air saja.

Minuman elektrolit isotonik secara asasnya mempunyai kelikatan garam tekanan osmotik yang sama seperti cecair tubuh (contohnya, darah), jadi apabila diminum, ia akan memberikan penyerapan yang lebih cepat.

Minuman isotonik juga mengandungi karbohidrat. Ingat betapa pentingnya karbohidrat untuk otot anda? Karbohidrat ini bertindak sebagai pengganti pada minyak yang tubuh anda perlukan untuk meneruskan aktiviti fizikal.

“Minuman isotonik adalah diformulakan khas dengan elektrolit dan karbohidrat yang bertujuan untuk menambah penstoran semula tubuh anda dengan cepat. Karbohidrat ini adalah sumber tenaga, manakala elektrolit membantu menggantikan kehilangan sodium sewaktu berpeluh ketika bersenam. Mengganti semula bekalan ini adalah penting terutama ketika cuaca panas dan lembap, yang meningkatkan perpeluhan,” kata Edan Syah, pelari tempatan, jurulatih dan pengguna Lucozade Sport Hydration Advocate.

Edan Syah juga adalah pelari marathon terpantas Malaysia pada 2016 dan telah memecahkan rekod peribadi dengan masa 2:30:53 di acara Gold Coast Airport Marathon 2017 awal bulan ini.

PENGHIDRATAN SEGERA UNTUK KETAHANAN LEBIH BAIK

Minuman isotonik bukanlah pengganti air dan ia perlu diambil sebagai tambahan kepada meminum air. Malah, satu daripada manfaat solusi karbohidrat-elektrolit adalah ia meningkatkan penyerapan air ketika senaman fizikal, jadi apa saja yang anda minum akan mencanak semula tenaga dan air akan disimpan lebih cepat!

Potensi minuman elektrolit isotonik lebih menyerlah bila ia membabitkan aktiviti fizikal yang membabitkan ketahanan – seperti contoh disebut di atas iaitu berlari di atas treadmill atau menyertai maraton. Ketika senaman yang panjang, minuman yang menawarkan kedua-dua karbohidrat dan elektrolit membantu mengekalkan tahap nutrien tubuh dan membantu anda dalaman perjalanan ke garisan tamat!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 11:29 AM