Menggunakan formula berasaskan tumbuhan semula jadi yang diyakini tidak memberi kesan negatif pada kulit menjadi asas utama dalam penghasilan produk kecantikan yang menggunakan teknologi terkini daripada Korea Selatan ini.

Amanah Ikhtiar Malaysia Sdn Bhd (AIMSB) yang juga anak syarikat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) baru-baru ini melancarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit atas jenama MEiN.

Ketua Pegawai Eksekutif AIMSB Shaifful Idris Abdul Rahim berkata, produk kecantikan berstatus halal ini menggunakan sepenuhnya formula tumbuh-tumbuhan selain dihasilkan atas kerjasama dengan pakar penjagaan kulit Korea Selatan.

Menurutnya, selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk kecantikan hampir setahun, rangkaian terbaik MEiN iaitu pencuci wajah, minyak pati, topeng antipenuaan dan keanjalan, krim serta krim BB dan krim antisinaran matahari.

“Semua produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan halal. Dengan formula teknologi tinggi, rangkaian produk ini sesuai digunakan khususnya untuk mendapatkan kulit wajah cantik dan berseri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 11:54 AM