Bot membawa penumpang karam menyebabkan empat mati. FOTO AP
Reuters

ANKARA: Empat maut manakala 30 masih hilang apabila bot membawa pendatang karam di luar pesisir pantai barat Turki, petang semalam, kata Kementerian Dalam Negeri Turki, hari ini.

Menurut kenyataan kementerian, bot terbabit dilaporkan karam di luar pesisir pantai wilayah Izmir dan operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mencari mangsa yang hilang.

Turki menjadi laluan terpenting kepada lebih sejuta pendatang yang menggunakan laluan laut menuju ke Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2015.

Kebanyakan pendatang melarikan diri akibat konflik serta kemiskinan yang berlaku di Asia Barat dan Afrika.

Difahamkan, aliran pendatang berkurangan secara drastik selepas perjanjian 2016 membabitkan Ankara dan EU, di mana insiden ratusan pendatang mati lemas ketika menuju ke kepulauan Greek yang terletak beberapa kilometer dari luar pesisir pantai Turki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 8:21 PM