PUTERA Harry dan tunangnya, Meghan Markle. FOTO AFP
AFP

MEGHAN Markle berdepan ‘saat getir peribadi’ susulan laporan bapanya tidak akan menghadiri majlis perkahwinannya dengan Putera Harry pada hujung minggu ini, kata jurucakap Istana Kensington

Menurut laporan berita selebriti TMZ, Thomas Markle, yang baru-baru ini bergambar untuk paparazzi, menarik diri daripada mengiringi anaknya di Istana Windsor kerana tidak mahu memalukan beliau.

Bapa Meghan juga dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa hari lalu.

“Situasi ini memberi kesan mendalam buat Meghan beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya.

“Beliau dan Putera Harry sekali lagi meminta semua pihak memahami dan menghormati situasi bapanya yang dalam keadaan sukar ini,” kata Istana Kensington, kediaman rasmi pasangan itu dalam satu kenyataan.

Pihak istana enggan mengesahkan jika bapa aktres itu akan menghadiri majlis perkahwinan Sabtu ini.

Bapa pelakon dari Amerika Syarikat itu sebelum ini, tidak mengendahkan rayuan istana menyimpan rahsia apabla dia melayan paparazzi untuk mengambil gambar.

Imej itu, menunjukkan beliau mengukur sut dan melihat gambar anaknya pada komputernya, dijual dengan harga AS$100,000. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 9:53 AM