FOTO Hiasan
AFP

SEKURANG-kurangnya empat pekerja terbunuh semalam, apabila sebutir bom sejak zaman perang terdahulu meletup di tapak pembinaan ibu negara baharu Mesir, kata pegawai keselamatan.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, bahan letupan itu tidak aktif sejak perang sebelumnya yang tidak dinyatakan.

Ibu negara baharu Mesir itu sedang dalam pembinaan, terletak sejauh 45 kilometer di timur ibu kota sekarang.

Pekerja terbabit sedang membina beberapa bangunan di daerah baharu yang bakal menempatkan istana Presiden, bangunan Parlimen, 32 kementerian dan kedutaan asing. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 8:26 AM