MORGOT (kanan) terkenal dengan watak Lois Lane dalam lakonan Superman. FOTO/AFP
Reuters

LOS ANGELES : Aktres Margot Kidder yang terkenal dengan watak seorang wartawan wanita dikenali sebagai Lois Lane dalam filem adiwira ‘Superman’ dilaporkan meninggal dunia pada usia 69.

Kidder yang melakonkan watak itu sekitar tahun 1970-an dan 1980-an menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Montana, semalam.

Pusat Pengebumian Franzen Davis di Livingston, Montana menerusi satu kenyataan di laman web berkata, punca kematian Kidder tidak diketahui setakat ini.

Selain Superman, aktres kelahiran Kanada itu juga pernah membintangi filem ‘The Great Waldo Pepper’ dan siri televisyen kanak-kanak, ‘R.L Stine’s The Haunting Hour.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 6:22 AM