Wanita Palestin mengibarkan bendera Palestin ketika bantahan terhadap kedutaan AS berpindah ke Baitulmaqdis. FOTO EPA-EFE
AFP

Gaza: Pertempuran ganas di Semenanjung Gaza menjelang pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) baru di Baitulmaqdis membunuh 37 orang Palestin manakala ratusan yang lain cedera dalam hari paling berdarah membabitkan konflik itu sejak perang di Gaza pada 2014.

Kementerian Kesihatan Gaza ketika memberikan jumlah kematian itu berkata, mangsa maut termasuk seorang remaja berusia 14 tahun.

Pertempuran berlaku dalam pada delegasi Rumah Putih dan pegawai Israel berhimpun untuk majlis perasmian di Baitulmaqdis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 9:48 PM