PENYOKONG Iraq meraikan kemenangan pemimpin Syiah, Moqtada al-Sadr selepas memenangi undi majoriti negara itu. FOTO Reuters
Reuters

MOQTADA al-Sadr mendahului keputusan pilihan raya Parlimen Iraq selepas meraih lebih separuh kiraan undi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu, semalam.

Perkara itu menunjukkan golongan Syiah kembali mendapat sokongan selepas disisih penyokong pesaingnya di Iran.

Blok pemimpin militia Syiah, Hadi al-Amiri, yang mendapat sokongan Tehran, berada di tempat kedua, menurut kiraan undi lebih 95 peratus di 10 daripada 18 wilayah di Iraq.

Perdana Menteri, Haider al-Abadi berada di tempat ketiga, sedangkan sumber keselamatan dan suruhanjaya terdahulu mengatakan beliau mendahului keputusan pilihan raya Sabtu lalu, kali pertama diadakan selepas kekalahan militan Daesh.

Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas berkata, jumlah keluar mengundi 44.52 peratus dengan 92 peratus undi sudah dikira, lebih rendah berbanding pilihan raya sebelumnya.

Keputusan penuh akan diumumkan secara rasmi hari ini.

Sadr dan Amiri mendahului empat daripada 10 wilayah yang sudah dikira undi tetapi blok ulama itu menguasai lebih undi di ibu kota ini, yang memiliki jumlah kerusi tertinggi. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 8:23 AM