Dua mati selepas pesawat ringan bertembung di udara. FOTO AP
Daily Mail

Berlin: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan dipandu mereka bertembung di udara, petang semalam.

Kejadian jam 4.10 petang itu berlaku kira-kira enam kilometer dari Lapangan Terbang Schwabisch Hall, selatan Jerman ketika pesawat berkenaan cuba mendarat.

Jarak penglihatan yang terhalang dikatakan menjadi punca salah seorang juruterbang bertembung dengan pesawat ringan microlight.

Jurucakap polis berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat terperinci namun kedua-dua juruterbang itu menghampiri lapangan terbang berkenaan ketika kejadian terbabit.

“Tidak ada apa yang boleh saya katakan lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 April 2018 @ 1:25 PM