TRUMP (kanan) bersama Tillerson (kiri) ketika Mesyuarat Kabinet di White House pada 16 Oktober 2017. FOTO AFP
AFP

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mengumumkan pengunduran diplomat kanannya, Rex Tillerson yang akan digantikan oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.

“Pengarah CIA, Mike Pompeo akan menjadi Setiausaha Negara kita yang baru. Dia akan melakukan kerja yang hebat!

“Terima kasih kepada Rex Tillerson di atas perkhidmatannya!” ” kata Trump di Twitter.

Presiden AS turut mengumumkan pelantikan Gina Haspel untuk mengetuai CIA, wanita pertama memegang jawatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 9:42 PM