RAKAMAN menunjukkan Gurtej menerima peranti tiruan yang dihantar oleh ejen FBI. FOTO Daily Mail
Daily Mail

AKIBAT cinta terhalang, bakal penuntut universiti sanggup merancang untuk membunuh ibu bapanya dengan bom kereta yang dibeli dari ‘Dark Web.’

Gurtej Singh Randhawa, 19, dari Wolverhampton dikatakan kecewa dengan ibu bapanya yang tidak membenarkannya bercinta dengan gadis kulit putih.

Bagaimanapun,cubaannya digagalkan oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar sebagai penjual bom di laman web dikenali sebagai AlphaBay.

Mereka menggantikan bom yang dipesan itu dengan peranti tiruan dan akhirnya dia berjaya ditahan.

Pelajar A-Level itu yang dihadapkan ke mahkamah November lalu, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Crown Birmingham semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki bahan letupan dengan niat jahat untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan serius.

Dua wanita berusia 45 dan 18 tahun yang turut ditahan kemudiannya dilepaskan tanpa tindakan lanjut.

Gurtej yang juga bekas pelajar di Wolverhampton Grammar School dikatakan sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 11:52 AM