ANGGOTA bomba mengambil kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Daily Mail/Gabriella Bass
Daily Mail

PENUNTUT jurusan undang-undang melalui detik cemas apabila dia pengsan dan terjatuh di landasan kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku sebaik kereta api menuju ke Manhattan menghampiri platform di stesen Bedford Avenue di Williamsburg pada 11.15 pagi.

Bagaimanapun, penuntut itu, Rikke Bukh, 22, terselamat memandangkan dia terjatuh di antara dinding platform dan rel.

Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta api terbabit.

Bukh kemudiannya dihantar ke Hospital Bellevue dalam keadaan serius.

“€œDia jatuh di tepi. Kereta api itu berhenti dan kemudian dia di bawah.

“€œIa perkara yang menakutkan untuk dilihat. Anda seperti, adakah saya sedang melihat seseorang mati,” kata saksi, Jasper Basch.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 11:21 AM