GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

PERKHIDMATAN pengawal pantai Itali berjaya menyelamatkan 264 pendatang asing dari bot di pesisir pantai Calabria di mana penyeludup menggunakan bot kecil sebagai taktik baru.

Jurucakap berkata, bot berkenaan dikesan oleh pesawat milik agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex sebelum semua pendatang diselamatkan berhampiran Crotone.

Menurutnya, bot itu kemungkinan datang dari Turki dan usaha menyelamat digerakkan menerusi beberapa bot pengawal pantai termasuk kapal Britain yang bekerja dengan Frontex.

Pada Disember 2014 dan Januari 2015, enam bot besar

yang membawa ratusan pendatang, ditinggalkan oleh penyeludup di pesisir pantai Itali selepas ia dikemudi secara automatik.

Bot berkenaan baru memulakan perjalanannya di Turki.

"Jarang kapal besar dilihat di zon ini melainkan perahu layar, " kata jurucakap berkenaan.

2017 disifatkan detik perubahan bagi Itali berikutan ketibaan pendatang dalam jumlah skala besar bagi tempoh enam bulan pertama, sebelum ia menunjukkan pengurangan.

Ia susulan perjanjian kontroversi dengan Libya iaitu lokasi asal bot terbabit.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 119,00 orang mendarat di Itali dan jumlah berkenaan kira-kira 35 peratus lebih rendah berbanding 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 12:45 PM