SUASANA di lokasi rompakan di Ritz Paris, di Paris, Perancis, FOTO Reuters
AFP

LIMA lelaki melakukan rompakan di Hotel Ritz, Paris, membabitkan barang kemas dianggarkan bernilai empat juta euro.

Sumber polis berkata, tiga daripada kumpulan itu ditahan di tempat kejadian ketika cuba melarikan diri manakala dua lagi masih bebas.

Sumber kehakiman pula menganggarkan barang kemas terbabit bernilai lebih empat juta euro (RM19 juta).

Kumpulan bersenjatakan kapak itu dikatakan memecahkan tingkap di tingkat bawah untuk melarikan barang kemas terbabit, pada 6.30 pagi.

“Pereka barang kemas terkenal dunia mempamerkan rekaan mereka di Hotel Ritz,” kata sumber polis itu.

Seorang pekerja sebelum itu memberitahu dia ternampak motosikal memecut di belakang hotel terbabit selepas ia dipecah masuk.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 10:52 AM