HUBERTUS
AFP

Vatican City: Pope Francis kelmarin menerima peletakan jawatan seorang biskop di Indonesia yang dituduh mempunyai perempuan simpanan dan menggelapkan wang tabung gereja.

Vatican dalam satu kenyataan memberitahu, jawatan Hubertus Leteng akan dipangku Biskop Denpasar, Sylvester San sementara menunggu pelantikan baru.

Seramai 69 paderi meletak jawatan pada Jun lalu sebagai membantah salah laku Hubertus menyebabkan Vatican menyiasat dakwaan mereka.

Hubertus, 58, dituduh menggelapkan wang berjumlah AS$94,000 (RM396,814) daripada persidangan biskop Indonesia dan AS$30,000 (RM126,641) daripada gereja di kawasannya sendiri.

Beberapa paderi juga menuduh Hubertus mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita.

Hubertus menafikan semua dakwaan itu tetapi tidak menjelaskan mengapa dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 7:53 AM