Justine Ruszczyk dan tunangnya, Damond.
Reuters

DATUK Bandar Minneapolis menuntut jawapan daripada polis selepas kejadian seorang wanita Australia yang bakal berkahwin minggu depan, mati ditembak polis selepas dia melaporkan pergaduhan di luar rumahnya.

Wanita itu, Justine Ruszczyk, 40, dari Sydney, mati ditembak polis yang datang selepas wanita itu menghubungi talian 911 kira-kira 11.30 malam, semalam (waktu tempatan), melaporkan ada pergaduhan dekat rumahnya.

Menurut The Star Tribune, wanita itu yang sudah tiga tahun tinggal di Amerika Syarikat dan bertunang dengan Damond (Naib Presiden Little Six Casino) menyatakan mangsa memakai pijama ketika kereta peronda polis tiba dan dia menghampiri bahagian pemandu sebelum ditembak polis yang duduk di kerusi penumpang.

Belum ada pihak memberi penejelasan kenapa wanita itu ditembak dan Datuk Bandar Betsy Hodges yang berang, menuntut polis memberi penjelasan kenapa kamera tubuh pada polis terbabit serta kamera dalam kereta tidak diaktifkan.

Kedua-dua anggota polis itu diarah bercuti sementara siastaan dijalankan, prosedur biasa membabitkan kejadian tembakan dilepaskan.

“Saya ada banyak soalan, soalan seperti kenapa kamera tidak diaktifkan” katanya Datuk Bandar itu ketika sidang media dengan nada berang.

Ketika kejaidan, tunangnya serta anak tirinya, Zach Damond, tiada di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 6:05 PM