PEMAIN Kuala Lumpur Hunters (KLH) yang bertanding
Hazril Md Nor
Gen.y@hmetro.com.my

Bagi pemain profesional e-sukan, sudah menjadi impian mereka untuk mengharumkan nama negara di kejohanan antarabangsa. Biasanya kita hanya dengar kisah kejayaan mereka dikhabarkan dan bukannya persiapan mereka sebelum ke sana.

Bagi pasukan Kuala Lumpur Hunters (KLH), agaknya sudah tertulis tuah menjadi milik mereka apabila sekali lagi menjuarai League of Legends Championship Malaysia (LCM) Spring 2018 dan seterusnya layak ke Garena Premier League (GPL) yang kini memasuki musim 2018.


PENGUNJUNG yang hadir ke Quill City Mall

Mereka layak ke kejohanan itu selepas menewaskan Fire Dragoon Esports di peringkat akhir Ahad lalu. Dalam format terbaik daripada lima, mereka meraih markah 3-1 bagi menjulang trofi LCM yang diidamkan selama ini. KLH juga turut membawa pulang wang tunai RM60,000 daripada RM168,000 hadiah terkumpul.


COSPLAYER dari Korea, Aza Miyuko

Bersedia ke GPL

Kapten KLH Chan Roong Han atau lebih dikenali sebagai ArrHedge berkata, mereka sudah bersiap sedia berdepan saringan Asia Tenggara itu.

“Kami bersyukur menjuarai LCM kali ini dan akan buat persiapan sebaik mungkin sebelum ke Bangkok pada 31 Mac ini.


KUALA Lumpur Hunters (KLH) juara LCM dan layak ke GPL.

“Kali ini kami ingin terus buat yang terbaik dan buktikan nama Malaysia di peringkat Asia Tenggara,” katanya.

Menurutnya, KLH akan berlatih bersama pasukan dari negara lain untuk memahami corak permainan mereka.


FIRE Dragoon tempat kedua.

“Ini penting bagi memastikan pasukan kami tahu cara melawan dan memahami strategi mereka.

“Malah, untuk saringan kali ini kami amat menantikan perlawanan bersama Filipina dan Thailand kerana mereka adalah pesaing yang kuat pada kejohanan GPL tahun lalu,” katanya.


GEEK Fam tempat ketiga.

Terus bantu komuniti

Sementara itu, Pengurus Besar Lenovo Malaysia dan Singapura, Khoo Hung Chuan berkata, pihaknya akan terus membantu komuniti e-sukan negara ini.

“Buat masa ini, kami fokus membina komuniti ‘gaming’ dan menyokong kejohanan e-sukan dianjurkan di Malaysia. Ini termasuk menyediakan produk yang bersesuaian dengan keperluan pemain profesional.

“LCM juga antara kejohanan yang saya rasakan penting dalam menaikkan industri e-sukan

di Malaysia,” katanya.


PENGURUS Besar Lenovo Malaysia dan Singapura, Khoo Hung Chuan (kanan) bersama pemenang cabutan bertuah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 2:46 AM