SEORANG kanak-kanak lelaki mengibarkan bendera putih sewaktu menyeberangi kawasan lapang untuk melarikan diri daripada kawasan dikuasai Daish di barat Mosul.
KANAK-KANAK bermain riang di kawasan kem pelarian.
SEORANG kanak-kanak perempuan mencium pipi adiknya.
DOHA Samir, 7, melukis bunga di pusat jagaan harian Oxfam di kem Hassansham.
SEORANG kanak-kanak perempuan memimpin tangan adiknya ketika berjalan di kawasan berlumpur di kem Hammam al Alil.
HM Digital

Sejak Daish merampas sebahagian besar Iraq pada akhir 2014, lebih tiga juta rakyat negara itu terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk mencari kawasan lebih selamat. Sehingga kini, ramai masih terkesan dengan penderitaan dan keganasan dialami.

Kisah mereka dipaparkan dalam liputan media antarabangsa, namun lebih mengisarkan kehidupan di kem pelarian - kehidupan seharian dibelenggu trauma keganasan dan kehilangan orang tersayang, kesukaran hidup di kem pelarian, ketakutan serta ketidakpastian mengenai masa depan.


WAFAA Derwesh, 39, berkongsi makanan dengan keluarganya di rumah mereka di wilayah Kirkuk.

Namun, itu cuma secebis apa dialami. Sebenarnya, mereka masih mampu positif dan melalui pelbagai emosi lain setiap hari - termasuk gelak ketawa, rasa kecewa atau bosan dalam melalui kehidupan seharian.

Kanak-kanak terutamanya menunjukkan keupayaan luar biasa dan mencari kegembiraan dalam melalui mimpi ngeri itu.


ANAK-KANAK bermain basikal di kampung Bugali.

Kemusnahan tidak menyekat imaginasi mereka apabila menjadikan runtuhan bangunan sebagai tempat permainan, atau berenang dalam sungai berlumpur tidak ubah seperti berkelah di tepi pantai.


KANAK-KANAK bermain di tepi sungai pada waktu senja.

Tanah luas di kawasan kem dihuni mudah saja dijadikan tempat bermain kejar-kejar, bola sepak atau layang-layang.

Kebanyakan pelarian Iraq mengalami pengalaman mengerikan. Namun, kita tidak boleh memandang mereka hanya sebagai mangsa, sebaliknya kecekalan, kekuatan dan daya tahan mereka sebenarnya wajar dikagumi dalam mengatasi cabaran dihadapi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 1:43 AM