KEINDAHAN semua jadi antara tarikan di hutan simpan ini.
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang berswafoto berlatarkan bunga-bungaan mekar.
Hartini Mohd Nawi
hartini@hmetro.com.my


Mazongling Natural Reserve terletak berhampiran perbandaran Huashi di Jinzhai County, Anhui Province, timur China.

Ia diasaskan pada 1958, kemudian menjadi kawasan perlindungan alam semula jadi pada 1998.

Malah hutan simpan itu turut kaya dengan tumbuhan-tumbuhan liar dengan pelbagai spesies unik dan jarang ditemui di tempat lain ada di sini.

Kini dikatakan terdapat 1,192 spesies tumbuhan benih, yang tergolong dalam 517 genus dan 138 famili.

Bunga-bungaan di Mazongling Natural Reserve itu pula sebahagiannya terdiri daripada bunga turut terdapat di timur China.

Menariknya, elemen bunga-bungaan itu melengkapkan unsur subtropika dan sederhana kawasan sekitar, apatah lagi Mazongling Natural Reserve turut terletak di daerah Jinzhai selatan.

Mengikut legenda, Li Zicheng mengetuai tentera pemberontak untuk berarak ke timur dan melewati gunung pada akhir Dinasti Ming.

Gunung itu sangat tinggi dan curam memaksa pasukannya berjalan perlahan-lahan. Namun, Li Zicheng melompat ke atas kudanya dan merentasi jurang yang dalam dengan pantas.

Jadi Mazongling dikatakan merujuk kepada nama kuda yang melompat melintasi jurang itu.

Kawasan utama Mazongling Natural Reserve meliputi lebih 1,333 hektar dengan kadar perlindungan hutan hingga 94 peratus.

Puncak tertinggi ialah pula ialah Yueliangyan dengan ketinggian 1,671 meter.

Pada masa sama, Mazongling Natural Reserve juga sinonim dengan lukisan batu, azalea dan air terjun.

Sementara itu, hutan simpan berkenaan tidak terkecuali daripada mencuri perhatian dari sudut lain termasuk menawarkan resort musim panas.

Selain itu, resort yang meliputi 48 kilometer persegi di bahagian barat daya Jinzhai County pula mempunyai perlindungan hutan sebanyak 95.9 peratus, 1,576 jenis tumbuh-tumbuhan yang lebih tinggi dan 185 jenis haiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 2:43 PM