GABUNGKAN warna bersesuaian dan selitkan corak geometri mengikut kreativiti.
Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my

Bijak bereksperimen dengan warna mampu menzahirkan dimensi dan suasana berbeza dalam sesebuah ruang kediaman.

Idea kreatif atau sentuhan kreativiti juga dapat mencipta kelainan dengan hanya memanfaatkan hiasan dan kelengkapan sedia ada.

Rangkaian cat semburan Pylox keluaran Nippon Paint antara pilihan menarik terutamanya bagi yang gemar menonjolkan bakat dengan kaedah lakukan sendiri (DIY).

Pada masa sama, anda juga dapat mempamerkan idea unik dan mengetengahkan hasil hiasan dengan identiti tersendiri dalam ruang kediaman.

Pylox Lazer adalah pilihan bersesuaian kerana ia bukan saja mudah dikendalikan dan mesra pengguna, malah tahan lasak.

Produk berkenaan juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis material dan permukaan termasuk logam, kayu serta plastik.

Di samping itu, Pylox Lazer turut menampilkan rangkaian warna menarik yang secara tidak langsung memberi peluang untuk anda mencipta seni dalam dekorasi.

Berikut tip yang dikongsikan pakar cat semburan Pylox dari Nippon Paint untuk kelainan pada kelengkapan sedia ada:

1. Pilih warna bersesuaian

Bagi projek kaedah lakukan sendiri (DIY) kali ini, pakar memilih kerusi yang diperbuat daripada kayu.

Kelengkapan diperbuat daripada kayu ternyata mempunyai keunikan dan nilai estetika tersendiri walaupun mempunyai warna tunggal.

Namun, tidak salah untuk hasilkan kelainan dengan menambah elemen warna.

Pilihan warna bukan saja mengikut rona kayu tapi juga mengikut keseluruhan tema yang ingin diketengahkan.

Justeru, gabungan rona pastel merah jambu dan kelabu dijadikan pelengkap kepada warna lembut kayu itu.

2. Serlahkan kreativiti

Tampilkan kreativiti dan kelainan dengan menyelitkan reka bentuk permukaan bercorak.

Corak geometri ringkas seperti bentuk bulat dan segi empat sama antara corak ringkas serta minimalis yang dapat ditonjolkan.

Cat keseluruhan kerusi kayu atau tutup bahagian tidak mahu dicat supaya dapat menghasilkan bentuk akhir yang tampak kedesaan dengan elemen warna kayu asli.

3. Semburan cat pertama

Tutup keseluruhan bahagian yang ingin dicat dengan warna merah jambu menggunakan surat khabar dan pita pelekat bagi memastikan lapisan cat warna kelabu tidak terkena pada bahagian lain.

Sembur dalam jarak 30 sentimeter (sm) dan letak cat semburan 45 darjah dari kerusi berkenaan.

Semburkan perlahan-lahan dengan tekanan yang sederhana sepanjang masa supaya cat tidak bertompok dan jemur di bawah matahari selama satu jam untuk kering sepenuhnya.

4. Semburan cat kedua

Lindungi bahagian yang disembur dengan lapisan warna kelabu dan pastikan ia benar-benar kering terlebih dulu.

Sembur cat warna merah jambu dengan teknik yang sama dan ubah kedudukan kerusi mengikut kesesuaian supaya semburan lebih rata.

Jemur hingga kering sebelum pita pelekat dan surat khabar yang dipasang itu ditanggalkan.

Gunakan pelarut sekiranya cat semburan terkena pada bahagian permukaan kayu yang tidak mahu diselaputi cat.

Ubah atau tambah corak dari semasa ke semasa mengikut mood dan kreativiti.

Nippon Paint memperkenalkan tiga rangkaian cat semburan Pylox dengan fungsi berbeza iaitu Pylox Lazer, Pylox Lacquer dan Pylox Easy Pro.


GUNAKAN pita pelekat dan surat khabar untuk melindungi bahagian yang tidak mahu dicat.

SEMBUR dengan jarak 30 sentimeter dan 45 darjah dari kerusi serta tekanan yang sederhana agar semburan tidak bertompok.

TUTUP bahagian yang ingin dicat dengan semburan lapisan kedua supaya hasil semburan lebih kemas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2018 @ 7:43 AM