PENANAMAN pokok dalam bangunan memberi kesan kepada produktiviti, tahap tekanan dan kualiti udara.
HM Digital

Kualiti udara dalaman memberikan kesan kepada kesihatan, keselesaan dan kebolehan untuk bekerja. Kualiti udara tidak baik boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dalam jangka pendek dan panjang.

Antaranya Sindrom Bangunan Sakit (SBS) yang menyebabkan individu dalam bangunan mengalami gejala seperti pening, sakit kepala, pedih mata, lesu, masalah pernafasan, gatal-gatal kulit, batuk, kerengsaan pada mata, hidung dan tekak serta hilang tumpuan.

Terdapat banyak punca bahan cemar udara dan antara yang lazim ialah asap tembakau persekitaran (ETS), pelbagai bahan kimia seperti formaldehid yang dibebaskan daripada hiasan, perabot dan bahan binaan bangunan, sebatian organik meruap yang dibebaskan daripada penggunaan pelarut dan ozon yang dibebaskan mesin fotostat serta pencetak laser.


PERSEKITARAN lebih bersih dan semua jadi.

Dalam kebanyakan kes SBS ini, ia didapati biasanya berlaku di bangunan pejabat.

Namun, boleh juga berlaku dalam bangunan komersial seperti sekolah, hospital dan kediaman.

Bagi menangani masalah ini, penambahan pokok dalam bangunan adalah cara semula jadi untuk membantu menghilangkan bahan pencemar dengan ketara.

Banyak kajian berkenaan kesan menanam pokok dalam bangunan kepada produktiviti, tahap tekanan dan kualiti udara.

Ramai yang membuktikan pokok dalam bangunan memberikan kesan pemulihan dan menenangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 2:26 AM