BURJ Khalifa mercu tanda Dubai.
Susunan Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my


Antara struktur yang menakjubkan:

1. Burj Khalifa

Dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai ialah bangunan pencakar langit tertinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Muncul antara struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah iaitu 828 meter.

Pembinaan bermula pada 21 September 2004 sementara struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.

Bangunan ini sebahagian projek pembangunan besar-besaran yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di Persilangan Pertama sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai.

Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) ialah jurubina dan juruteranya, sementara Bill Baker pula ketua jurutera struktur projek ini.

Begitu juga dengan Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) hingga 2006 selaku ‘rakan reka bentuk’ dalam projek ini.

Pembina utamanya ialah usaha sama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Samsung C&T pernah membina Taipei 101 di Taiwan dan Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, Turner Construction Company pula dilantik sebagai pengurus projek pembina.

2. Grand Canyon

Sebuah gaung yang sangat curam dan berwarna-warni yang ‘diukir’ Sungai Colorado di Arizona, Amerika Syarikat.

Sebahagian besarnya berada dalam Taman Negara Grand Canyon iaitu salah satu taman negara yang awal di Amerika Syarikat.

Presiden Theodore Roosevelt ialah penyokong utama kawasan Grand Canyon dan banyak kali mengunjunginya untuk memburu serta menikmati pemandangan di kawasan itu.

Grand Canyon umumnya kurang dikenali hinggalah selepas Perang Saudara Amerika Syarikat.

Pada 1869, Mejar John Wesley Powell, seorang bekas perajurit Perang Saudara membuat perjalanan perintis merentasi Grand Canyon melalui Sungai Colorado.


PEMANDANGAN memukau Grand Canyon.

3. Henderson Waves Bridge

Sebuah jambatan pejalan kaki sepanjang 274 meter terletak di Singapura yang menghubungkan Mount Faber Park dan Telok Blangah Hill Park.

Ia direka IJP Corporation, London dan RSP Arkitek Perancang dan Jurutera (PTE) ltd Singapura.

Jambatan ini mempunyai bentuk gelombang


HENDERSON Waves Bridge yang menarik perhatian.

4. Le tunnel sous la Manche

Turut dikenali sebagai Channel Tunnel atau Terowong Selat.

Ia adalah terowong kereta api sepanjang 51.5 kilometer di bawah Selat Inggeris di Selat Dover.

Malah turut menghubungkan Folkestone, Kent di England dengan Coquelles dekat Calais di utara Perancis.

Terowong ini ialah satu projek mega satu ketika dulu dan terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada 1994.

Turut dikatakan sebagai terowong kereta api kedua terpanjang di dunia.

Biarpun Terowong Seikan di Jepun lebih panjang namun bahagian bawah laut Le tunnel sous la Manche sepanjang 39km itu membuatkan ia diisytiharkan terowong bawah laut terpanjang di dunia.


LE tunnel sous la Manche dikatakan sebagai terowong kereta api kedua terpanjang di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 8:25 AM