LAP permukaan bingkai gambar untuk menghilangkan habuk dan kotoran.
GUNAKAN surat khabar dan pita perekat untuk melindungi bahagian yang tidak disembur dengan cat.
SEMBUR lapisan pertama dengan pergerakan yang sekata supaya permukaan tidak bertompok.
GUNAKAN pensel dan pembaris untuk membuat ukuran motif garisan sebelum meletakkan pita perekat.
PITA perekat diletakkan secara rapi sebelum proses semburan kedua bermula.
KERINGKAN dibawah matahari sekitar satu jam supaya ia benar-benar kering.
LAKUKAN semburan kedua dengan teknik yang sama seperti semburan pertama.
TANGGALKAN pita perekat dan surat khabar dan bingkai gambar ‘baru’ siap.
PYLOX Lazer sesuai untuk DIY hiasan dan kelengkapan rumah kerana bukan saja mudah disembur tapi tahan lama.
Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my

Menerima kunjungan tetamu sepanjang Syawal ini mendorong anda sebagai pemilik kediaman membuat persiapan bagi susun atur dan ubah suai ruang.

Bagi mengelak pembaziran, tidak salah menggunakan semula kelengkapan dan hiasan yang sedia ada namun berikan sentuhan baru untuk tampil berbeza.

Mengecat semula adalah salah satu kaedah untuk memberi kelainan pada hiasan selain dapat menukar warna mengikut tema musim persiapan raya tahun ini.

Cat semburan Pylox keluaran Nippon Paint antara cat yang bukan saja mudah dikendalikan tapi sesuai untuk sebarang permukaan.

Pylox berkongsi cara untuk lakukan sendiri (DIY) hiasan atau kelengkapan rumah dengan menyalutkan warna baru pada bingkai gambar lama.

Terdapat tiga jenis rangkaian cat semburan Pylox dengan fungsi berbeza iaitu Pylox Lazer, Pylox Lacquer dan Pylox Easy Pro.

Bagi DIY kali ini, Pylox Lazer digunakan kerana ia sesuai dengan kelengkapan dalam dan luar rumah selain boleh dicat untuk pelbagai permukaan seperti kayu, besi atau kotak.

Bahan lain yang perlu disediakan adalah kain, pembaris, pensel, surat khabar dan pita perekat.

1. Penyediaan

Lap pada permukaan bingkai gambar untuk memastikan tiada sebarang habus, debu dan kotoran supaya hasil semburan cat lebih rata.

Kemudian, ambil surat khabar atau plastik terpakai untuk melindungi bahagian yang tidak mahu dicat.

Pasang pita perekat pada bahagian yang dilindungi itu supaya ia tertutup rapi dan tidak bergerak.

2. Semburan pertama

Sembur lapisan pertama pada keseluruhan permukaan dengan sama rata bagi menghasilkan warna latar licin dan sempurna.

Bagi memastikan cat tidak bertompok, sembur dari jarak sekitar 30 sentimeter dan pastikan pergerakan perlahan serta sekata.

Biarkan cat kering di bawah cahaya matahari antara 30 minit hingga satu jam. Pastikan cat benar-benar kering untuk mulakan proses seterusnya.

DIY kali ini menggunakan Pylox Lazer Medium Violet 19.

3. Cipta corak ikut kreativiti

Guna kreativiti anda dengan membuat corak menggunakan pensil dan pembaris pada permukaan bingkai supaya ia tampil berbeza, unik dan tersendiri. Corak yang diketengahkan kali ini adalah garisan geometri.

Ambil pita perekat dan susun di atas bingkai gambar mengikut ukuran yang dibuat. Pastikan semua bahagian yang sudah diukur tertutup dengan rapi sebelum proses semburan dilakukan.

4. Semburan kedua

Sembur lapisan kedua dengan warna kontra bersesuaian seperti warna emas bagi menaikkan motif garisan yang dibuat.

Semburan perlu dibuat seperti semburan pertama dan selepas selesai ia perlu dijemur sekali lagi di bawah matahari sektar 30 minit hingga satu jam.

DIY kali ini menggunakan Pylox Lazer Solid Gold 710.

5. Proses akhir

Tanggalkan semua pita perekat dan surat khabar dengan berhati-hati dan pastikan cat benar-benar kering sebelum mencabutnya.

Bingkai gambar sedia digantung semula sama ada di dinding atau sudut lama atau susun semula di tempat berbeza mengikut kesesuaian susun atur baru.

Maklumat lanjut berkenaan Pylox dan produk Nippon Paint layari www.nipponpaint.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 10:46 AM