SYDNEY (kanan) dan Indra (kiri) bersama dua artis yang terbabit untuk Projek Seni Mural ‘Show Your Flavor’ di Starbucks Drive-Thru Jalan Ampang, baru-baru ini.
ANTARA mural yang mencuri perhatian di Starbucks Drive-Thru Jalan Ampang.
BARISAN artis bersama tetamu kehormat.
Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my


Siapa kata cat hanya berfungsi sebagai kemasan akhir dan menjadi pelengkap pada dinding bangunan semata-mata?

Melalui kreativiti dan sedikit usaha, cat mampu menukar dinding menjadi kanvas dan memberi sentuhan kesenian pada sesebuah ruang.

Diinspirasi daripada warna serta elemen musim panas dan minuman Frappucino Starbucks, barisan bakat tempatan menterjemahkan karya menghiasi dinding di beberapa Starbucks terpilih di seluruh negara.

Sentuhan unik dan berbeza di setiap cawangan adalah hasil kolaborasi Starbucks dan Akzonobel (Dulux) yang selari dengan tagline kempen musim panas Starbucks terbaru ‘Show Your Falvor’.

Menariknya, Projek Seni Mural ‘Show Your Falvor’ itu bukan saja menyuntik kelainan, tapi turut mencetuskan inspirasi pada pengunjung.

Setiap karya dinding itu adalah kerja tangan pelukis berbeza menggunakan pelbagai warna cat berkualti dari Dulux.

Artis terbabit dalam projek mural ini terdiri daripada profil dan latar belakang berbeza seperti pelajar, graduan, pensyarah dan eksekutif.

Mengetengahkan elemen warna-warni, berani, terang dan bertenaga, semua mural dinding siap sepenuhnya sejak 7 Jun lalu.

Starbuck dan Dulux percaya projek seumpama itu bukan saja mempromosikan gaya hidup dan budaya Malaysia, tapi dalam masa sama menjadi platform untuk bakat baru mempamerkan kreativiti mereka.

Di Lembah Klang, projek mural berkenaan dijalankan di Starbucks Drive-Thru Jalan Ampang, Selangor dengan menampilkan 23 artis.

Sementara di Penang, Starbucks berkolaborasi dengan penuntut dan pensyarah seni dari Akademi Seni Equator College bagi menghiasi dinding Starbucks Drive-Thru Tanjung Tokong.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad, Sydney Quays berkata, pihaknya ingin membantu bakat baru dengan menyediakan platform kepada mereka.

“Kami mahu Starbucks menjadi platform untuk artis muda tempatan mempamerkan bakat mereka. Perasaan mengagumkan wujud apabila melihat betapa berbakatnya barisan artis muda Malaysia.

“Hari ini, barisan artis dijemput berkesempatan menterjemahkan kreativiti mereka melalui seni mural di Starbucks dan kami teruja mereka dapat menyampaikan maksud dan tema musim panas itu sendiri.

“Kini, pelanggan boleh menikmati pemandangan menarik di Starbucks sambil menikmati secawan Frappuccino pada musim panas ini,” katanya yang ditemui pada majlis merasmikan mural dinding di Starbucks Drive-Thru Jalan Ampang, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Indra Laban.

Menurut Indra, pihaknya teruja menyertai inisiatif Starbucks bagi meraikan dan memberi laluan bakat artis tempatan.

“Usaha mulia ini sesuai dengan inisiatif berterusan Akzonobel yang menyokong kestabilan bakat tempatan selain mencipta keperluan utama untuk menjadikan hidup masyarakat lebih berinspirasi.

“Kami di Akzonobel turut mengiktiraf keindahan dan kepentingan warna dan percaya pada kuasa cat untuk mengubah kehidupan dengan meningkatkan komuniti, mengubah tingkah laku dan menjadikan ruang kediaman lebih menyeronokkan dan sesuai didiami.

“Tiada lagi kanvas kosong, semua dinding yang dihiasi mural ini bakal menjadi medium untuk inspirasi, hubungan dan aktiviti,” katanya.

Selari dengan Starbucks Projek Seni Mural ‘Show Your Flavor,’ Starbucks turut mengajak pelanggan dan orang awam mempamerkan bakat mereka melalui warna musim panas di atas kanvas, baru-baru ini.

Sebanyak lapan unit kanvas kosong dengan bahan warna diletakkan di Starbucks seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 8:08 AM