SAMSUNG memperkenalkan model terbaru Galaxy A9 dengan kamera kuad 24 megapiksel (MP) pertama di dunia.​
Afiq Hanif dan Nabil Basaruddin
am@hmetro.com.my


SAMSUNG bakal mengeluarkan model telefon pertengahan, Galaxy A9 dengan empat kamera pada bulan depan.

Uniknya, telefon pintar itu menampilkan tiga kamera belakang, selain memiliki reka bentuk menarik dan ciri-ciri penting bagi kegunaan dan kemudahan pengguna.

Kamera terbabit mempunyai lensa 24MP, 10MP, 8MP manakala kamera depan 24MP.

Ia merakam gambar menggunakan lensa kamera belakang Galaxy A9 ultra lebar 120 darjah 8MP yang mampu memberikan sudut pandang sama dengan mata manusia.

Kamera itu juga menggunakan teknologi canggih seperti Live Focus yang membolehkan pengguna mengawal kedalaman fokus lensa dengan membenarkan untuk menukar kesan bokeh bagi mendapat gambar lebih menarik.

Direka untuk membuatkan hidup menjadi lebih mudah, Galaxy A9 didatangkan bersama Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Ia mempunyai skrin 6.3 inci Full HD+ Super AMOLED dan didatangkan dengan RAM 6GB serta ROM 128GB.

Model berkenaan mempunyai ketahanan bateri 3,800mAh dan memberikan prestasi penggunaan yang lebih lancar untuk sepanjang hari.

Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai ruang simpanan kerana ia dilengkapi dengan storan dalaman sehingga 128GB dengan kad memori tambahan sebanyak 512GB.

Galaxy A9 boleh didapati dalam tiga warna yang unik seperti Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink dengan rekaan yang ergonomik serta gelas belakang yang melengkung dengan ciri 3D.

Satu model lagi, Samsung Galaxy A7 bagaimanapun akan mula dijual pada harga RM1,299.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 9:43 PM