GAMBAR hisan. FOTO arkib NSTP
Mahanum Abdul Aziz
mahanum_aziz@nstp.com.my


KERAJAAN dijangka mengumumkan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu awal tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini ini sedang berusaha untuk memastikan mekanisme paling baik untuk subsidi petroleum bersasar dilaksanakan.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan pengenalan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu itu tidak akan membabitkan pelaburan yang besar.

“Kita sedang berusaha keras ketika ini bagi memastikan mekanisme paling baik. Saya harap dalam awal tahun (akan melaksanakannya),” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Laporan Ekonomi Digital Malaysia, Pemacu Pertumbuhan Baharu yang dikeluarkan Bank Dunia di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelancaran laporan itu diadakan sempena Persidangan Dasar Awam dalam Dunia Digital yang dianjurkan secara bersama antara Kementerian Kewangan dan Hab Pengetahuan dan Penyelidikan Global Bank Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 September 2018 @ 2:42 PM