HO (tiga dari kanan) menunjukkan telefon Honor 9 Lite yang juga jenama baru menyertai Shopee Mall.
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Shopee, rangkaian e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan menandatangani usaha sama dengan Honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar Honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee.

Usaha sama itu membolehkan pengguna Shopee di Malaysia membeli telefon pintar empat kamera itu pada harga istimewa RM699.

Honor 9 Lite yang baru dilancarkan dijual pada harga runcit RM749 dan ia jenama baru yang menyertai Shopee Mall.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, harga istimewa itu terhad dan hanya boleh didapati di Shopee pada Khamis ini.

“Orang ramai boleh merebut peluang mendapatkan Honor 9 Lite pada harga RM699 untuk waktu terhad hanya di Shopee.

“Kami berazam mengukuhkan lagi usaha sama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami,” katanya pada majlis pelancaran Honor 9 Lite di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei.

Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta memenangi telefon Honor 9 Lite baru ini.

Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor.

Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi Honor 9 Lite masing-masing manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang.

Selain itu, 150 pembeli pertama Honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto daripada Maybelline New York, peneraju industri kosmetik global bernilai RM50.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 8:04 AM