LIEW (kiri) mengiringi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Shakimi Saman selepas pelancaran cawangannya di Bangi.
HM Digital

Bangi: Pustaka Rakyat, rangkaian kedai alat tulis tempatan merancang menawarkan platform pembelian secara dalam talian, selain perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan.

Pengarah Urusannya Liew Hon Ping berkata, pihaknya giat membangunkan platform dalam talian dan mempunyai kakitangan khusus untuk mengendalikan proses berkenaan.

“Kami percaya ada pelanggan yang selesa membeli produk yang ditawarkan secara dalam talian. Maka, kami berusaha memastikan kelompok ini diutamakan.

“Namun, kami masih mengekalkan sistem penjualan secara tradisional dan bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa depan,” katanya selepas pembukaan cawangan Pustaka Rakyat yang ke-sembilan di Bandar Puteri Bangi baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya memberi tumpuan kepada lokasi perumahan baru berdasarkan kesesuaiannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 1:42 AM