PELANGGAN AirAsia boleh menempah khidmat UBER selepas daftar masuk penerbangan sudah mendapat pengesahan.
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Uber dan AirAsia menjalin kerjasama menyediakan perkhidmatan mudah, selesa dan seamless khusus kepada pengembara.

Kerjasama itu bakal menyaksikan tawaran berinovasi seperti kod promosi dan diskaun serta usaha sama pemasaran dan integrasi teknologi.

Ketua Pegawai Perniagaan Asia Pasifik Uber Brooks Entwistle berkata, pihaknya teruja berkerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan apa yang pelanggannya inginkan.

Katanya, Uber dan AirAsia berpeluang menyediakan perkhidmatan iaitu pelanggan menempah servis Uber ke lapangan terbang dan apabila mendarat ke destinasi pilihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya sentiasa mencari perkhidmatan di luar dalam mencapai standard tertentu syarikat.

Dua syarikat itu bekerjasama membantu penumpang pulang ke rumah atau bergerak ke tempat kerja atau dari lapangan terbang di 52 bandar untuk 16 pasaran merentasi Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.

AirAsia akan menampilkan ciri deeplink yang membolehkan pelanggan Uber menempah atau merancang perjalanan apabila tempahan atau daftar masuk penerbangan sudah mendapat pengesahan.

Malah, pengguna Uber yang baru juga dapat menikmati kod promosi secara percuma apabila mendaftar akaun serta menggunakan kod promosi AIRASIA.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 2:54 AM